SELEPAS pecah panggung di Indonesia, filem adiwira yang diinspirasi daripada kisah legenda, "Satria Dewa: Gatotkaca" bakal menjengah ke pawagam tempatan 18 Ogos ini.
Pengarah Urusan Horizon FIlm Entertainment, Mohd Shahir Sulaiman berkata, melihatkan penerimaan filem tersebut yang membanggakan di Indonesia, dia yakin naskhah tersebut juga akan mendapat sambutan ramai di negara ini.
“Filem ini diangkat daripada siri kisah 'Gatotkaca' ini merupakan karya segar yang merupakan legenda adiwira di Indonesia. Malah, filem ini juga berbeza terutama dari segi jalan cerita serta lakon layarnya.
"Selepas menerima sambutan luar biasa di Indonesia dan saya yakin, peminat filem tempatan terutama mereka yang gemarkan filem adiwira serta aksi pasti tidak sabar menonton 'Satria Dewa: Gatotkaca'.
“Malah, salah seorang pelakonnya adalah Yayan Ruhian yang memang sudah mencipta nama di Hollywood. Saya yakin naskhah Satria Dewa: Gatotkaca ditunggu-tunggu oleh semua,” katanya.
"Satria Dewa: Gatotkaca" yang diterbitkan Satria Dewa Studio berkisarkan Yuda mencari pembunuh bersiri yang telah mengambil nyawa ibunya sendiri, Arimbi dengan bantuan rakan-rakannya.
Dalam pencarian tersebut, Yuda mula sedar dirinya mempunyai kuasa luar biasa dan menggunakan kelebihan itu untuk melindungi orang-orang yang tersayang serta mencari dalang pembunuhan bersiri itu.
"Satria Dewa: Gatotkaca" dibarisi pelakon handalan antaranya Rizky Nazar, Yasmin Napper, Fedi Nuril, Ali Fikry dan Yayan Ruhian
Tidak hanya di Malaysia, "Satria Dewa Gatotkaca" juga bakal ditayangkan di Amerika Utara apabila Well Go USA bertanggungjawab mengedarkan filem tersebut di situ. -Gempak
Gempak
Wed Jul 27 2022
Filem adiwira yang diinspirasi daripada kisah legenda, "Satria Dewa: Gatotkaca" lakonan Yayan (kiri) bakal menjengah ke pawagam tempatan 18 Ogos ini. -Gempak
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Gunung Ibu meletus, tujuh kampung dipindahkan
Letusan gunung berapi di pulau terpencil Indonesia, Halmahera semalam yang memuntahkan awan abu kelabu ke langit memaksa penduduk tujuh kampung dipindahkan.
[TERKINI] Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Beri lebih peruntukan kepada Selangor
Sany meminta agar kerajaan persekutuan memberikan lebih peruntukan kepada negeri Selangor, khususnya daerah-daerah yang sedang pesat membangun.
Percepat proses, kerja naik taraf jalan persekutuan
Kerja naik taraf yang sedang berjalan di Jalan Persekutuan dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras perlu mempunyai kesinambungan bagi memastikan keselesaan berterusan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia, sejak satu setengah tahun lepas dilihat sebagai hab semikonduktor mikrocip di rantau Asia Tenggara menerusi banyak pelaburan daripada syarikat asing utama.
[TERKINI] Anggota MALBATT 850-11 meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman telah disahkan meninggal dunia di Lubnan pada 18 Mei 2024 (Sabtu) jam 2.25 pagi waktu Lubnan atau jam 7.25 pagi
waktu Malaysia.
waktu Malaysia.
Johor tidak sepatutnya dibelenggu miskin tegar - Onn Hafiz
Kerajaan Johor menegaskan negeri ini sepatutnya tidak mempunyai rakyat yang dibelenggu kemiskinan tegar.
'Satria Dewa: Gatotkaca' di pawagam 18 Ogos, ramai teruja tengok Yayan Ruhian
Mohd Shahir yakin naskhah tersebut juga akan mendapat sambutan ramai di negara ini melihat kepada penerimaan filem tersebut yang membanggakan di Indonesia.